Sedikit perkongsian...suasana semalam di PKRC Chendering, beberapa buah bas tiba disini bagi menghantar pesakit-pesakit baru Covid19 di negeri Terengganu...sebenarnya inilah suasana pada setiap hari... mereka adalah mangsa dari pelbagai kluster, kluster yg sedang mengganas diluar sana...secara peribadi saya nasihatkan kepada sahabat diluar sana.. patuhilah SOP sebaiknya.. amalkanlah sepenuhnya amalan norma baharu, pakai pelitup mulut dan hidung, kerap cuci tangan...kalau dah kena kesannya amat memeritkan... jagalah diri jagalah keluarga... sememangnya Covid19 itu pembunuh liar yg sedang galak mencari mangsa pada setiap saat kehidupan kita..